Ahad, 15 November 2009

Anak-anakku



Erm...... menjadi ibu kepada 3 orang anak dalam usia semuda ini 26 tahun (oppp terperasan muda la pulak) banyak dugaannya. apa taknya sebagai seorang ibu yang bekerja aku tak punya banyak masa dengan anak2. Apatah lagi mereka masing2 masih terlalu kecil dan memerlukan belaian dan manjaan dari mama papanya.

Buat masa sekarang aku beruntung kerana anak2ku diasuh oleh adikku sendiri. So tak lah risau sangat coz darah daging sendiri mestilah dia sayang anak2 aku. 3 anakku bermula dari Puteraku yang sulung Muhammmad Adam Harith, second puteriku Antasya Balqis dan yang last but not least Muhammad Airil Al-Hafiy.

Ketiga-tiga anakku berwatakan yang berbeza2. tetapi alhamdulillah setakat ini membahagiakan walaupun sedikit menyulitkan... biasalaa anak2 kan.... kalau tak nakal bukan budak namanya.

Adam seorang yang periang tetapi agak garang persis perangaiku. Banyak bercakap tapi pada orang2 terpilih sahaja. Tersangat laaaaa manjanya bagaikan dia anak bongsu.

Antasya balqis, puteriku seorang perempuan yang tegar, bersemangat tapi jugak garang. Agak ganas dalam permainan dan tidak mudah menangis. Aku rasa ini adalah kerana dia memang dah cukup puas menangis... sejak dari dilahirkan amatlah 1st class perangainya. menangis tak henti2 mengalahkan ahmad albab. tapi sekarang dah 2 tahun lebih kira ok dah laaa. membesarkan dia penuh dengan cabaran dan memang kena banyak bersabar. entah2 ianya adalah pembawakan perangai aku yang memang sangat manja semasa mengandungkan dia dan amat mudah menangis. tapi alhamdulillah sekarang dialah yang paling tegar, Selalu ditindas dan dibuli oleh abangnya tapi dia tetap tegar dan tak mudah menangis. Kalau dia menangis lebih kepada sakit hati dari sakit dipukul....

Puteraku yang bongsu tersangatlah baiknya...menjadi buah mulut orang sekampung...susah nak dengar suara menangis..sangat penyabar dan pendiam persis suamiku...kalau menangis nakkan susu sementara menunggu air mendidih dia mesti tertidur dengan sendiri dalam tangisan yang sekejap saja... aku merasakan sangat bertuah... jiran2 berebut nak menjaganya semasa aku bekerja... dan ada juga yang mengatakan kalau dapat anak macam ni beranak 10 seorang setahun pun tak apa....

entahlaa rezeki ku kut.... sekarang aku dah rasa ahak lega...mudah-mudahan cukup setakat ini dulu rezeki anak buat ku.. biarlah mereeka besar2 sedikit kalau nak dikurniakan anak lagi. bukan dah tak nak tapi biarlah mereka membesar dengan perhatian dan kasih sayang yang sempurna.. lagipun aku muda lagi ingat kalau diizinkan tuhan umur 30 laa pulak start beranak balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan