Sabtu, 14 November 2009

Diari Hidupku




Salam Semua,

kat sini saya nak share serba sedikit mengenai saya. Saya dilahirkan pada 27 September 1983 di kelantan. Puteri dari gabungan seorang suri rumah yang sangat rajin dan penyayang dengan seorang anggota polis yang garang tapi jugak penyayang. Dibesarkan dalam keadaan yang serba sederhana. Mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan chabang 4 bermula tahun 1990 hingga 1995. kemuadian ke sekolah menengah chabang 4 dari 1996 hingga 2000.

Setamatnya tingkatan 5, bila dapat tahu UPU gagal buat pertama kali permohonan saya mengambil keputusan untuk menerima tawaran dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan dalam bidang kesetiausahaan. Belajarlaa kat Kuantan dari 2001-2003. Dah mula pandai bercinta melalui internet....bila dah selalu sangat duk YM (Yahoo messenger) akhirnya ku bertemu dengan mr right di YM.

Sehabisnya tamat diploma, rezeki mencurah2 dapat temuduga banyak tempat antaranya JPA, DBKL dan juga USM... tapi aku sangkut kat usm. Habis je belaja dalam bulan 5, bulan 6 aku interview di USM dan alhamdulillah aku berjaya menempatkan diri sebagai seorang setiausaha di Pelantar Penyelidikan Sains Klinikal pada bulan ogos, 2003. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Setelah lebih kurang 3 bulan berkerja aku terus mengambil keputusan untuk bertunang dengan mr. right YM ku (banyak cerita dengan mr right maybe akan ku terangkan kemudian)so pada 20 Oktober 2003 aku selamat ditunangkan dengan mr right En Mohd Asri Samat. Dan setelah 7 bulan bertunang aku selamat diijabkabulkan pada 2 Mei 2004. Tapi malangnya kami tinggal berasingan memandangkan suamiku di UKM dan aku di USM. setelah 7 bulan berkahwin aku disahkan hamil anak pertama kami 2 bulan.

Tanggal 3 Julai 2005 aku selamat melahirkan putera yang sangat comel. Walaupun berjauhan dengan suami, aku sedayanya menjaga dan merawat anak kami. Rezeki tuhan Allah yang maha besar setelah umur anak kami 6 bulan, suamiku berjaya mendapat penempatan di USM setelah 7 kali membuat permohonan. Dan masa tu kami sangat bahagia dengan putera kami.

Pada tahun 2007, september aku sekali lagi selamat melahirkan seorang puteri yang juga comel dan sangat manja. So sekarang rasa macam dah lengkap laah hidup kami dengan sepasang cahaya mata. kami sangat bahagia.

Rezekiku tersangatlaa murah....alhamdulillah tahun 2009 aku bersalin lagi anak yang ke3. Aku dapat putera...sangatlah baiknya...tidur je... tak banyak karenah... alhamdulillah...

Sekarang aku rasa semua dah complete dan sempurna. Jadi kami akan teruskan kehidupan yang bahagia ini dan semoga2 sama-sama mendoakan kebahagiaan kami kekal hingga ke hujung nyawa...

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk mengenali aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan